Tuesday 11 October 2011

Review Teater Juta-Juta




SINOPSIS


Teater 'Juta-Juta' mengisahkan mengenai perjalanan seni tiga orang rakan baik yang bercadang mementaskan teater di sebuah panggung terhebat tanah air iaitu Keraton Seni. Mereka membuat sesi pembentangan untuk mendapatkan sokongan dan tajaan daripada banyak pihak. Walaubagaimanapun, perjalanan seni mereka tidaklah semudah yang disangka.

Sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton , bakal penaja, dan juga  pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain.




REVIEW

Pementasan teater ini yang di arahkan oleh saudara Fasyali Fadzli ini menampilkan hanya tiga orang pelakon yang terdiri daripada pelajar UiTM, pelajar ASWARA dan juga pelajar UM iaitu saudara Anas Ridzuan,saudara Aloy Paradoks dan juga saudari Fazleena Hishamuddin yang menjadi tunjang utama di dalam pembikinan teater ini. Kehebatan ketiga-tiga pelakon ini yang mampu menggalas 12 watak yang berbeza di dalam waktu yang singkat mampu membuatkan penonton berasa teruja untuk menonton Teater Juta-Juta ini.



Teater ini mempunyai pelbagai unsur subtext tetapi mampu di pahami oleh setiap penonton yang menonton teater ini. walaupun susunan plot teater ini agak bercelaru serta tidak teratur, namun Fasyali bijak mengolahnya sehinggakan saya sebagai penonton tidak merasa jemu menonton teater ini. Kebijaksanaan pelakon  yang berinteraksi dengan penonton begitu mengagumkan saya sekaligus membuatkan saya teruja untuk mengetahui perjalanan cerita ini sehingga habis.Bagi pendapat saya, kelantangan suara pelakon yang sudah semestinya hebat seperti mereka bertiga berjaya menghidupkan lagi jalan cerita Teater Juta-Juta ini. Kebijaksaan mereka bertiga dalam menggalas setiap watak yang di beri dengan berkesan mampu membuatkan saya kagum dan sekaligus menjadikan mereka sumber inspirasi saya.

Selain itu, set yang di guna pakai di dalam teater ini sangat sedikit, mungkin di sebabkan bajet  yang agak terhad untuk membuat teater ini, tetapi masih mampu untuk menyampaikan mesej kepada penonton mengenai apa yang ingin pelakon sampaikan di dalam pementasan itu. Pelakon juga bijak menggunakan set dan props yang sangat terhad di ruang yang terhad dengan bijak tanpa mengganggu jalan cerita teater ini.


Cahaya yang di gunakan didalam teater ini juga sangat besesuaian mengikut mood sesuatu babak di dalam perjalanan cerita ini. Ini menunjukkan bahawa Fasyali bijak menggunakan teknik pengcahayaan dengan kemas dan berkesan sehingga membuatkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk sehingga teater ini selesai. pelakon juga bijak mencari cahaya ketika menyampaikan sesuatu dialog mahupun monolog di dalam teater ini.



Kostum yang di guna pakai di dalam teater ini juga sangat sedikit dan simple sehingga pelakon sendiri yang akanmengenakan kostum mana yang akan mereka pakai dari satu babak ke babak yang lain dan di sini menunjukkan kreativiti seorang pelakon terserlah di dalam diri mereka. pelakon sangat profesional sehingga tidak mengendahkan jika berlaku perkara yang tidak di ingini semasa mengenakan kostum yang telah tersedia ada untuk mereka. sebagai contoh, saudara Aloy Paradoks tidak mengendahkan apabila tengkolok yang di pakainya sering terlucut semasa pementasan teater berlangsung sehingga membuatkan penonton tertawa melihat perlakuan beliau, tetapi di sebabkan sikap profesional beliau, beliau tidak mengendahkan semua itu dan terus berpegang dengan karektor yang di galas beliau dengan berkesan.

Secara keseluruhannya, teater ini mampu membuka mata segenap masyarakat mengenai dunia teater yang sebenar. Bagi saya, ini adalah sebuah teater di dalam teater. Saudara fasyali menyampaikan apa yang terbuku di dalam hati beliau mengenai dunia realiti yang terjadi di dalam dunia teater masa kini kedalam naskah beliau. Bagi saya, karya ini adalah sangat jelas serta membuatkan penonton memahami kenapa Teater Juta-Juta di beri nama yang sedemikian.Realitinya,teater ini mempunyai berjuta-juta pendapat, berjuta-juta perasaan, berjuta-juta penyesalan terhadap dunia realiti teater yang boleh di perolehi ketika menonton teater ini.Syabas!!!!..berbaloi-baloi..^_^


Picture Retrieved From:
http://www.hilalazmi.com/2011/09/review-teater-juta-juta-by-mask-team.html