Sunday 23 October 2011

Jenis-Jenis Pentas Teater...










  • Penonton yang menonton teater di pentas arena akan merasa seperti mereka berlakon di dalam teater tersebut kerana pentas arena tidak mempunyai frame atau penghalang untuk penonton menonoton teater di pentas tersebut.
  • Pentas arena juga kebiasaanya berbentuk bulat,diamond, segi tiga di mana pelakon akan keluar masuk melalui ruang yang berbeza di celah-celah penonton.  
  • Theatre-in-the-round biasanya di gunakan dalam teater purba, iaitu teater Rome dan Greek namun tidak di perluaskan sehinggalah pada abad ke-20, dan ia menjadi altenatif kepada format Proscenium.
  • George Mason Universiti di Fairfax, Virginia merupakan Arena Stage Archive yang terbesar dan mempunyai material dari 50 tahun sejarah teater.Antaranya ialah koleksi photograph (gambar), buku nota produksi, buku scrap, playbills, sejarah lisan dan bertulis.
  • Arena teater bersifat ekonomik (disebabkan hanya memerlukan bajet yang rendah berbanding stage yang lain). Apa yang diperlukan ialah ruang bilik yang sangat besar: rekaan playing space, cara susunan yang dapat dijalankan dan teater in the round yang menarik.

  • Juga dikenali sebagai Picture Frame Stage.
  • Proscenium Arch di Rome diterangkan sebagai Proscenium yang bermaksud “In front of the scenery”.
  • Panggung proscenium yang menggunakan bingkai(proscenium arch) dan dipasangkan tirai pada bingkainya adalah bertujuan untuk memisahkan ruang lakon dari penonton.
  • Jarak ruang lakon dan kedudukan penonton juga memberikan impak kerana ianya membuatkan persembahan menjadi lebih jelas seolah-olah tiada penonton yang melihatnya (fourth wall) penonton duduk di satu arah sahaja.
  •  Penggunaan pentas proscenium juga membenarkan setiap aspek kekaguman dipersembahkan tanpa dilihat oleh penonton.






  • Konsep Teras pada peringkat umumnya digunakan berabad   lamanya, dan telah digunakan pada tahun 1953 oleh Festival Shakespeare Stratford Kanada. 
  • Pada tahun 1957 pentas teras telah di bina secara kekal.Setelah itu, pentas teras yang lain juga telah di bina di merata tempat. 
  •  Pentas Thrust seakan pentas Prosecinium tetapi 2/3 bahagian depannya memfokuskan kearah penonton.Ia mempunyai 3 posisi iaitu 1 di hadapan dan 2 disisi kiri dan kanan
  •  Pintu masuk (entrance) melalui belakang pentas. Ia boleh merapatkan jurang antara pelakon dengan penonton (komunikasi).