Sunday 23 October 2011

Perbandingan diantara Teater Juta-Juta dan The Secret Life of Nora




Pada pendapat saya, kedua-dua teater ini mempunyai kehebatan yang tersendiri yang boleh di banggakan. Tetapi perbezaan yang paling ketara yang boleh di lihat dengan jelas adalah dari segi ruang pementasan berlangsung. Seperti yang sedia maklum pementasan The Secret Life of  Nora berlangsung di Istana Budaya, sedangkan Teater Juta-Juta hanya di pentaskan di ruang yang terhad iaitu di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka. Tapi apa yang ingin saya katakan di sini ialah saya lebih puas menonton Teater Juta-Juta kerana mesej yang ingin di sampaikan sangat padat dan jelas walaupun teater tersebut merupakan teater bajet rendah kerana tidak mempunyai kos yang banyak untuk mementaskan teater ini.

Dari aspek kekaguman, Teater The Secret Life of Nora boleh di banggakan kerana set yang di gunakan sangat hebat serta lebih kearah fantasi. Malah kostum yang di pakai juga sangat cantik dan berwarna warni, sesuai dengan setiap karektor yang ingin di tonjolkan dalam teater itu.Malah kostum itu juga sangat sesuai dengan konsep muzikal yang ingin di tonjolkan oleh Tiara di dalam teater tersebut.Akan tetapi, Teater Juta-Juta mempunyai kekaguman dari segi storyline dia yang sangat mantap kerana di barisi oleh tiga pelakon yang sangat hebat.Dari segi kostum, pelakon Teater Juta-Juta hanya simple dan tidak semewah Teater The Secret Life of Nora tetapi masih mampu menarik minat audience untuk menonton teater tersebut sehingga ke pengakhiran cerita tersebut.

Selain itu juga,perbandingan yang boleh di lihat dengan jelas adalah jumlah pelakon yang involved di dalam kedua-dua teater tersebut. The Secret Life of Nora memerlukan ramai barisan pelakon dalam merialisasikan perjalanan cerita teater tersebut. Walhal Teater Juta-Juta hanya membariskan pelakon seramai tiga orang yang menjadi tunjang utama kepada teater tersebut, tetapi masih mampu memberi impak yang besar kepada penonton yang menonton Teater Juta-Juta.

Secara keseluruhannya, tidak kira pementasan teater yang di buat di tempat yang kecil mahupun besar, selagi masih ada yang menggerakan pementasan teater ini, ia akan kekal mengikut arus peredaran zaman. Insyaallah..^_^