SINOPSIS
Cerita berkisar dizaman kegemilangan kelab panggung hiburan di Pulau Pinang pada era 60an, menceritakan mengenai kisah Nora, seorang yang mempunyai kehidupan yang sememangnya dicemburui wanita lain. Dia berharta, memiliki rupa paras yang amat cantik malah juga merupakan seorang penyanyi terkenal di sebuah kelab panggung kepunyaannya sendiri. Kelab tersebut adalah merupakan hadiah istimewa daripada bapa kesayangannya sebelum bapanya meninggal dunia.
Akan tetapi, Nora tidak menyedari bahawa kelab serta perniagaan peninggalan bapanya itu sebenarnya merupakan sebuah pusat akitiviti ‘money-laundering’ oleh bapanya dalam menjalankan aktiviti haram dengan rakan sindiketnya di seluruh dunia. Oleh itu secara tidak langsung, Nora sebagai pemilik baru panggung kini menjadi sasaran pihak Polis Antarabangsa dalam menjejaki aktiviti haram tersebut. Nora juga diancam dengan penutupan panggung itu dan Nora sendiri bakal dipenjarakan. Namun demikian, mungkin kerana nasib menyelebelahi Nora, pihak Polis Antarabangsa (Interpol) telah membuat satu tawaran kepada Nora, iaitu bekerjasama dengan pihak Interpol untuk menjadi seorang pengintip dalam usaha mereka menjejak aktiviti kumpulan sindiket pemerdagangan manusia yang mempunyai jaringan di seluruh dunia atau meringkup dalam penjara. Nora bersetuju.
Pihak Interpol telah memilih pegawai terbaik mereka dari India (berkelulusan Oxford), bernama Ashok untuk melatih Nora dalam persediaannya menjalankan tugas barunya itu. Program latihan yang sememangnya mencabar walaupun untuk seorang pengawai terlatih, apatah lagi seorang penyanyi yang biasanya dimanjakan. Namun Nora tekun belatih untuk menjalankan tugas itu bagi menyelamatkan dirinya, panggung serta perniagaannya, disamping untuk menyelamatkan gadis-gadis panggung yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang tidak bertanggungjawab... dan pada waktu yang sama juga, demi jejaka yang secara tidak sengaja, Nora mula merasakan cintanya... namun semuanya harus Nora lakukan secara berahsia.
Pihak Interpol telah memilih pegawai terbaik mereka dari India (berkelulusan Oxford), bernama Ashok untuk melatih Nora dalam persediaannya menjalankan tugas barunya itu. Program latihan yang sememangnya mencabar walaupun untuk seorang pengawai terlatih, apatah lagi seorang penyanyi yang biasanya dimanjakan. Namun Nora tekun belatih untuk menjalankan tugas itu bagi menyelamatkan dirinya, panggung serta perniagaannya, disamping untuk menyelamatkan gadis-gadis panggung yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang tidak bertanggungjawab... dan pada waktu yang sama juga, demi jejaka yang secara tidak sengaja, Nora mula merasakan cintanya... namun semuanya harus Nora lakukan secara berahsia.
REVIEW
Ini kali kedua saya menonton teater di Istana Budaya.Pada saya teater muzikal The Secret Life of Nora boleh di katakan agak menarik kerana di barisi oleh pelakon-pelakon yang sudah mencipta nama di pentas lakonan sebelum ini seperti Datin Tiara Jacquelina yang sudah terbukti hebat dalam dunia teater,Ryan Silverman yang memang handal dalam dunia lakonan,Aznil Hj Nawawi yang diketahui umum dengan keletahnya yang sering kali membuat orang tidak kering gusi dengan lawak jenakanya,Adibah Noor yang boleh di katakan sebagai pelakon kelas A di malaysia ini serta Tony Eusoff yang sangat berbakat dalam bidang lakonan. Jika di simpulkan,dengan kemunculan mereka yang menghiasi pentas muzikal The Secret Life of Nora ini memang akan menarik orang ramai untuk datang menonton teater muzikal ini.
Bagi saya jalan cerita ini sama seperti cerite Nora Zain- Ejen Wanita 001 cuma di persembahkan dalam bentuk muzikal. Jalan cerita teater ini agak teratur serta mudah di fahami oleh penonton. Penggunaan dwi bahasa dalam dialog teater ini juga menarik minat saya.Muzik yang terdapat dalam teater ini agak menarik kerana setiap lagu yang dimainkan tidak terdapat pengulangan malah lagu yang di mainkan adalah mengenai situasi sekarang dan yang paling penting tiada pengulangan di antara percakapan dengan nyanyian di dalam teater ini.
Bagi saya watak Adibah Noor sebagai Khatijah sangat-sangat menghidupkan suasana serta membuatkan penonton ketawa dengan gelagat beliau yang sangat sempoi ketika menjayakan watak khatijah di dalam teater itu. Namun malangnya kerana watak Khatijah tidak di tonjolkan sangat dalam teater ini.
Selain daripada watak Khatijah yang menghidupkan jalan cerita teater ini, kehadiran watak teman rapat kapada Nora iaitu Betty,lakonan Stephanie Van Driesen juga banyak membuatkan saya terpesona dengan lakonan beliau yang sangat hidup itu. Watak yang di tonjolkan oleh Aznil Nawawi juga amat sedikit di dalam teater ini sekaligus membuatkan saya tidak puas menonton babak yang di lakonkan oleh Mr.J yang pelat dalam melontarkan huruf 'r' didalam teater ini tetapi masih memberi kesan bagi setiap penonton yang menonton babak beliau walaupun sedikit.
Selain itu juga, kostum yang di gunakan dalam teater ini sangat cantik serta color yang di gunakan sangat ceria iaitu sesuai dengan tema bagi teater ini iaitu muzikal teater.Tarian yang di tonjolkan di dalam muzikal ini juga sangat menarik serta memukau saya sebagai penonton serta membuatkan saya ingin menonton teater ini sehingga habis.
Selain itu juga, konsep pengcahayaan yang di gunakan di dalam muzikal ini juga sangat jelas serta bersesuaian dengan setiap babak dalam teater ini malahan set yang tetap dan sangat cantik kerana setiap set yang bergerak akan menunjukkan babak yang berlainan di dalam teater ini juga memukau mata yang menonton teater ini. Set di dalam muzikal ini juga berbentuk senget yang membawa makna kealam fantasi dan agak menarik.Props yang terdapat dalam teater ini juga bersesuaian dengan babak,akan tetapi terdapat juga beberapa props yang tidak di gunakan oleh pelakon dengan betul.
Secara kesimpulannya, teater ini boleh di katakan agak menarik kerana dengan kehadiran pelakon yang handal, lagu yang menarik, tarian yang hebat serta set yang mantap mampu memukau mata setiap penonton yang menonton teater muzikal The Secret Life of Nora ini.^_^
Retrieved from:
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=10609&c=5&s=17