Sinografi merupakan satu elemen yang terpenting dalam pembikinan sesebuah teater, filem atau drama. Sinografi juga merangkumi semua aspek dari segi set and props, tatacahaya, kostum serta bunyi yang akan memberi kesan kepada jalan cerita sesebuah persembahan. Tanpa sinografi, jalan cerita sesuatu persembahan tidak akan menarik kerana sinografi yang akan menghidupkan jalan cerita sesuatu persembahan. Sinografi sebenarnya berasal daripada perkataan Greek iaitu scene yang bermaksud "stage" dan gra'fo yang bermaksud untuk penulisan atau untuk menjelaskan. Manakala dalam bahasa latin pula scaenographia atau sce-nog'ra-phy.